Wednesday, August 18, 2010

Pengenalan


Qi Group merupakan sebuah syarikat e-niaga global dari Hong Kong yang diterajui oleh seorang usahawan terkenal, Datuk Vijay Eswaran. Mula beroperasi sebagai syarikat e-niaga pada 1998, kini berkembang sebagai satu konglomerat pelbagai negara dengan enam perniagaan utama — telekomunikasi, gaya hidup dan hiburan, barang mewah dan benda-benda yang boleh dikumpul, latihan dan pengurusan persidangan, pembangunan hartanah dan perniagaan jualan langsung dengan anak syarikat di 30 negara di seluruh dunia. Sehingga kini, lebih daripada 6.5 juta pelanggan telah menggunakan produk-produk dari syarikat ini terutamanya biodisc yang mendapat permintaan yang tinggi..



Kini, syarikat ini telah menapakkan pemasarannya di Malaysia yang telah beroperasi selama 2 tahun. Berpusat di Amcorp Mall, Petaling Jaya, sebagai pusat sementara sebelum berpindah ke bangunannya yang dibina di Seksyen 8, bernilai RM60 juta.


Usaha sama besar Qi yang sedang dilaksanakan di Malaysia ialah projek pusat peranginan Endau-Rompin di Pahang yang meliputi kawasan kira-kira 80 hektar dengan kos pembangunan AS$250 juta (RM785 juta). 
Kumpulan syarikat ini juga akan menubuhkan lima hospital pakar swasta di dalam tempoh tiga tahun dengan pelaburan RM18 hingga RM20 juta setiap satu dengan menyediakan perkhidmatan perubatan mampu bayar di dalam pelbagai bidang seperti pembedahan, dermatologi, operasi kecemasan dan klinik am.
 

No comments:

Post a Comment